UJIAN KEHAMILAN
CEPAT & DIYAKINI
Bagaimana Ujian ini digunakan?
Bagaimana ujian ini dijalankan?
Ujian Kehamilan Dip 'n' Tell dapat mengesan hormon hCG (human Chorionic Gonadotrophin) yang sangat rendah dalam air kencing anda. Pada peringkat awal kehamilan, badan anda menghasilkan hormon ini yang meningkatkan. Ujian Kehamilan Dip 'n' Tell yang sangat sensitif dapat mengesan kehadiran hormon sebelum kedatangan haid.
Prosedur Ujian
Gunakan bekas yang sedia ada untuk menadah air kencing.
Bukakan uncang pelindung dengan mengoyakkan dibahagian yang ditandakan.
Letakkan Ujian Kehamilan Dip 'n' Tell (arah anak panah menunjuk ke bawah) dibahagian tengah bekas air kencing tadi dan penyerap merendam di dalam air kencing.
Tunggu sehingga warna jalur kelihatan. Masa untuk memperoleh keputusan positif (hamil) adalah pelbagai selaras dengan pekatan hCG yang terkandung di dalam air kencing. Keputusan dapat dilihat dalam jangkamasa 1 hingga 15 minit. Jangan baca keputusan selepas 15 minit.
INTERPRETASI KEPUTUSAN
TIDAK HAMIL
Keputusan negatif:
Hanya satu warna jalur kelihatan di kawasan control (C). Tiada warna jalur kelihatan di kawasan test (T).
HAMIL
Keputusan positif:
Warna jalur kelihatan di kawasan control (C) dan test (T). Kedua-dua jalur menunjukkan keputusan positif. Keamatan warna jalur mungkin berbeza kerana kehamilan pada masa yang berbeza akan mempunyai pekatan hCG yang berbeza.
TIDAK SAH
Hasil Tidak Sah:
Sekiranya tidak ada garisan yang muncul sama sekali, ujian itu tidak berfungsi dengan baik. Pastikan anda telah mengikuti arahan dan ulangi ujian semula dengan Ujian Kehamilan Dip 'n' Tell baharu.
Klik pada tajuk & terus ke jawapannya
-
Bilakah masa paling awal untuk saya mulakan ujian?
-
Bilakah masa yang terbaik untuk melakukan ujian?
-
Jika keputusan positif apakah yang harus saya lakukan?
-
Jika keputusan negatif?
-
Apa saya seharus but jika saya tidak pasti dengan keputusan?
-
Adakah ujian kehamilan Ujian Kehamilan Dip 'n' Tell tepat?
-
Boleh saya mendapat keputusan yang salah?
-
Bolehkah ubat memesong keputusan?
1.
Bilakah masa paling awal untuk saya mulakan ujian?
Anda boleh mulakan ujian seawal sebelum kedatangan haid yang dijangkai.
2.
Bilakah masa yang terbaik untuk melakukan ujian?
Anda boleh melakukan ujian sendiri bila-bila masa sahaja. Tetapi, air kencing pertama sebaik anda bangun di waktu pagi akan mengandungi kandungan hormone kehamilan yang paling pekat. Oleh itu, ia akan memberi hasil keputusan yang lebih cepat.
3.
Jika keputusan positif apakah yang harus saya lakukan?
Jika kedua-dua garisan dalam kawasan ujian dapat dilihat, ini bermakna anda hamil. Keterangan satu garisan berbanding dengan garisan yang lain tidaklah penting. Jumpa doktor anda untuk memastikan keputusan anda serta dapat nasihat mengenai langkah-langkah selanjutnya.
4.
Jika keputusan negatif?
Jika hanya satu garisan dapat dilihat bermakna anda mungkin tidak hamil. Jika kedatangan haid tidak berlaku dalam masa seminggu, ulangi ujian tersebut dengan Ujian Kehamilan Dip 'n' Tell yang baru. Jika ia masih menunjukkan keputusan negatif tanpa kedatangan haid, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor.
5.
Apa saya seharus but jika saya tidak pasti dengan keputusan?
Kami mencadangkan ulangi ujian dengan Ujian Kehamilan Dip 'n' Tell yang baru tiga hari selepas ujian pertama.
6.
Adakah ujian kehamilan Dip N Tell Dip Card tepat?
Kadar ketepatan Ujian Kehamilan Dip 'n' Tell melebihi 99%. Ujian yang sama juga digunakan oleh doktor-doktor untuk mengesahkan kehamilan. Ini bermakna anda boleh mendapatkan ujian kehamilan secara tepat di rumah anda.
7.
Boleh saya mendapat keputusan yang salah?
Ini tidak sepatutnya terjadi jikalau arahan serta cara pengunaan diikut dengan betul. Walau bagaimanapun jika ujian dibasahkan sebelum diguna, ujian keluar dari uncang terlalu awal, tarikh luput telah lepas, atau sesetengah keadaan perubatan, mungkin dapat memesong keputusan. Jika keputusan ujian tidak dijangka setelah diuji beberapa kali, anda dinasihati untuk berjumpa seorang doktor.
8.
Bolehkah ubat memesong keputusan?
Keputusan tidak akan diganggu oleh pil penahan sakit, pil mencegah hamil, ubat kesuburan yang tidak mengandungi hCG dan kaffine. Walau bagaimanapun ubat kesuburan yang mengandungi hCG mungkin menyebabkan bacaan yang tidak tepat.